This would be a looooooooooong entry.. :D
p/s : enjoy the story.. a friend shared this to me when i was doing my diploma here.. :) it was written by someone..which i don't even know. but somehow it is somewhere in the internet i guess. so KUDOS to you dear writer. May Allah bless you whoever and wherever you are.. :D
Cinta datang pada Iman
Tangannya tidak henti menarik rumput ditepinya. Melepaskan gelora dijiwa,
menahan air mata yang berdosa itu menitis lagi. Imannya meronta-ronta kerana
kalah pada nafsu yang yang tengah bersorak gembira.
"Maafkan aku wahai iman," Nurul Iman bermonolog sendirian.
Tidak dapat diseka lagi air mata jernih itu jatuh lagi. Iman diselubungi
rasa bersalah yang teramat sangat dalam dirinya. Ya, sebelum ini bukannya dia
tidak tahu tapi kehendak nafsu itu lebih diutamakan dia. Itulah Nurul Iman pelajar
Tahun satu dalam bidang Syariah dan Bahasa Arab. Seorang pelajar yang hebat
berkata dipentas perjuangan. Dia juga barisan kepimpinan dakwah di situ.
Hebatnya Iman dalam perjuangan memberi suntikan semangat kepada akhawat yang
lain.
Tapi Iman tewas pada satu persada yang lain. Air mata Iman jatuh lagi
mengenangkan kebodohan diri sendiri. Mengenangkan kembali saat perkenalan
dengan seorang lelaki sewaktu Iman menjalani kem Perkasa Diri selepas SPM.
Ketika itu Iman hanyalah perempuan biasa yang baru mengenali erti kehidupan
diluar sana. Di kem itu banyak mengajar Iman ketika berjauhan dengan keluarga.
Kenalnya Iman pada lelaki itu kerana dia merupakan peserta aktif dalam
dakwah di situ. Memang lelaki itu baik, mana tidaknya dialah imam di surau,
dialah mengetuai majlis ta'lim, dialah yang menganjurkan aktiviti-aktiviti di
surau untuk menarik hati peserta untuk ke surau. Hati Iman terjentik pada
kebaikan yang dia lakukan.
"siapa nama awak?", dia mula bertanyakan Iman ketika dalam satu
aktiviti kumpulan. Iman hanya menghulurkan satu buku pada dia yang tertulis
namanya di situ.
"Nama awak seperti awak", dia memulakan bicara. Iman hanya tersenyum ketika itu.
"Nama saya Hafiz Ad-Din", panggil saje Haffiz". Awak memang
tak banyak bercakap ker?
"Tak delah, saya memang macam nie, saya tak kenal awak, buat ape saya
nak cakap dengan awk." Iman berkata jujur. Memang Iman begitu, hanya
bercakap apabila perlu sahaja. Tapi bila Iman bersuara, semuanya kaku mendengar
bicaranya.
Pada saat itulah Iman mula mengenali insan bernama Haffiz. Iman mungkin
menganggap dia sebagai sahabat, tapi Haffiz cuba mencuri hati Iman. Haffiz tahu
sukarnya dia mendekati insan yang bernama Nurul Iman.
Ketika hari terakhir di kem itu, Iman mula merasai niat Haffiz pada
dirinya. Iman mula merasai serba salah tentang perasaan itu. Dia sendiri pun
tidak memahami perasaan hatinya ketika itu. Iman menulis sepucuk surat pada
Haffiz. Dalam surat itu pena Iman menulis..
Salam sahabat,
Jodoh itu satu ketentuan dari Ilahi,
Usahlah awak bimbang dengan ketentuan itu,
Andainya saya milik awak, saya tetap milik awak satu hari nanti,
Tapi andainya saya bukan untuk awak..
Ingat, ketentuan Allah itu terselit sejuta hikmah,
Yang lebih baik itu sedang menanti awak..
Syukran atas persahabatan ini =)
~Nurul Iman Abd Majid~
Iman menghulurkan surat itu pada dia dengan seribu harapan yang tercipta
agar dia mengerti isi hatinya.
''Terima kasih, jaga diri baik-baik..Kalo rindu, tengok bulan," Haffiz
hanya melihat wajah lembut Iman. Baginya Iman adalah segalanya. Dia tekad mahu
menjadikan Iman zaujahnya satu hari nanti.
Iman tidak mampu berkata-kata. Iman tidak faham akan perasaannya. Adakah
hatinya sudah mencintai dia.........
Sekarang sudah dua tahun dia mengenali haffiz. Walaupun masing-masing
berada di jalan juang yang berbeza tetapi Iman dan Haffiz kerap berhubungan
melalui telefon. Iman mula menerima cinta Haffiz dengan harapan dialah zaujun
dia suatu hari nanti. Iman bukan tidak tahu cinta sebelum nikah ini lebih lebih
menjerumuskan kepada zina. Itulah Iman,sentiasa kalah pada mujahadah nafsu.
Kadang-kadang dia cuba mengelak dari menjawab panggilan dan SMS daripada
Haffiz. Iman juga cuba terangkan kepada Haffiz perhubungan yang disyariatkan
dalam Islam. Iman kaku kerana dia tahu dia banyak melukakan hati Haffiz secara
tidak langsung.
"seorang lelaki yang baik,
dia tidak akan membiarkan orang yang dicintai itu bersama-sama melakukan dosa".
Iman terpaku mendengar ceramah ''Manisnya
Cinta selepas Nikah".
Jikalau benar Haffiz itu mencintai dirinya, kenapa dia tidak pernah
terfikir perhubungan seperti ini akan banyak mengundang dosa. Iman tidak mahu
baitul muslim yang dibina atas perhubungan yang tidak diredhai.
Iman tidak pernah putus berdoa andainya Haffiz itu terbaik untuk dirinya
dunia dan akhirat, Iman memohon petunjuk dari Allah. Tetapi seandainya dia
bukan jodohnya, Iman memohon agar Allah memberi petunjuk untuk menjauhkan diri
dari dia tanpa melukakan hatinya.
Cinta Memakan Hati Iman
Jam menunjukkan tepat pukul 1.30 pagi. Hidup sebagai pelajar siswazah
memang tidak lari dari tugasan-tugasan yang melambak. Iman nekad pada dirinya,
perjuangan dalam menuntut ilmu itu adalah satu jihad. Sebab itu Iman mampu
menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan pada waktunya walaupun begitu banyak
amanah yang terpikul dibahunya. Iman memang bijak meletakkan kewajipan pada
tempatnya. Iman tidak mahu orang berkata, orang itu hebat dalam berdakwah, tapi
dalam kelas pun tidur.
Mata Iman sudah mula mengantuk, dia menutup laptopnya dan mengemas semua
buku-buku sebelum tidur. Iman ke tandas untuk menggosok gigi dan mengambil
wudhu'. Sekembalinya dia ke bilik, dia melihat skrin handpnone menyala. Dia
melihat 1 panggilan tidak dijawab.
Iman pelik kenapa dia menelefon pada waktu begini. Hati Iman mula sedih,
kenapa dia tegar menelefon pada waktu sebegini. Iman memandang jam hampir pukul
2 pagi. Iman mula merasakan hatinya semakin jauh. Iman cuba menjaga perhubungan
itu tetapi kenapa dia langsung tidak mengerti.. aduhai awak........
Bunyi jam loceng mengejutkan Iman. Iman bangun untuk menunaikan solat
malam. Hatinya lebih tenang. Memang benar, bila mengingati Allah hati kita
menjadi tenang. Disaat itu Iman mengadu segala masalah kepada Sang Pencipta.
Iman menangis semahunya ketika dahi bertemu sejadah cinta.
Iman bersiap untuk ke kuliah seperti biasa. Iman kelihatan bersemangat hari
itu. Jam menunjukkan pukul 7.20pagi. Iman mengambil sekeping roti yang disapu
dengan jem sebagai pengalas perut. Tiba-tiba handphone Iman berbunyi. Melihat
di skrin telefon itu "Haffiz is calling....."
Iman menjawab panggilan telefon itu.
"assalamualaikum Iman, apa khabar? Ada satu perkara saya nak bagitahu
awak.." Haffiz memulakan bicara.
"waalaikumussalam, Alhamdulillah, saya ok jer. Hmm..ada ape? Maaf,
semalam saya dah tido," Iman menjawab dengan bersahaja. Dalam hatinya
memohon istighfar kerana menipu pada waktu itu.
"maaf mengganggu awak, saya nak bagitau awak yang saya tak boleh tidur
semalam. Saya sakit, saya takut. Saya nak mintak maaf kat awak."
Kedengaran suara Haffiz yang seperti tersedu sedan.
"syafakallah, ye ke..maafkan saya. Saya
tak tahu. Tapi kenapa nak mintak maaf kat saya?"
"saya bersalah kat awak. Saya tipu awak sebab saya terlalu sayangkan
awak. Saya berhubungan dengan orang lain. Saya tak tahu kenapa saya terima dia
dulu sedangkan saya dah ada awak. Saya takut saya mati nanti saya tak sempat
nak mintak maaf kat awak."
Hati Iman mula meronta-ronta.. hatinya bagaikan dicarik-carik. Iman tidak akan menitiskan air mata dihadapan lelaki.
"Iman, saya sayangkan awak. Saya mengimpikan
awak menjadi zaujah saya satu hari nanti. Sebab tu saya taknak bagitahu
awak..tapi saya tahu awak tak suka kan saya. Saya
budak jahat.. tak sesuai dengan orang baik macam awak."
"saya tak tahu nak cakap apa lagi, semua dah terjawab. Terima kasih
untuk semuanya. Saya harap awak menjaga hubungan awak dengan dia."
"Mesti awak tak sedih, sebab awak memang tak sayangkan saya. Saya
terima semua tu. Tapi saya nak awak tahu saya tetap mengharapkan awak".
Hati Iman berkata, "saya dah mula sayangkan awak......"
Iman tidak tahan lagi, dia berlari ke tandas, tumpasnya air mata seorang
mujahidah kerana seorang lelaki.......... Iman tewas.
"Iman, jangan biarkan air mata tu menitis lagi." Solehah menyapa
Iman dari belakang mengejutkan Iman dari lamunan di tepi padang. Memang sudah
lama Iman berada di situ. Seusai solat Asar di masjid tadi, Iman terus turun ke
padang. Tempatnya mencari ilham sumber kekuatan diri.
"Solehah, Iman rasa berdosa sangat, Iman tewas..Iman tewas.. tewas pada nafsu sendiri. Kenapa Iman boleh menangis kerana seorang lelaki.
Teruk lagi, Iman ditipu lelaki. Iman bodoh sangat.."
"Iman, muslimah yang sejati takkan sekali-kali mengalah. Ini tarbiyah
dari Allah untuk Iman. Masa nie lah Iman dapat memperbaiki diri dengan
memandang masa lampau itu sebagai tiket untuk Iman berubah."
Solehah sahabat Iman sejak mereka asasi lagi. Segala
masalah mereka berkongsi bersama. Sebelum ini Solehah selalu menasihatkan Iman
meninggalkan Haffiz. Tapi Iman meyakinkan Solehah yang dia mampu menjaga
perhubungan itu. Hebatnya persahabatan mereka. Solehah tidak pernah
meninggalkan Iman walaupun dia tahu kemenangan pada pihaknya. Bahkan Solehah
turut menyelami kesedihan yang Iman rasa.
"terima kasih awak sebab jadi sahabat saya," Iman memeluk Solehah
tanda dia terlalu menyayangi sahabatnya seikhlas hati.
Hati Iman berasa sangat bersyukur kerana disebalik hikmah kejadian yang
berlaku, rupanya itulah jawapan untuk doanya selama ini. Jawapan yang Allah
berikan itu, banyak mengubah Iman. Subhanallah, percaturan Allah memang hebat!!
Iman sujud syukur atas hikmat tarbiyah yang diterima.
Iman meneruskan perjuangannya
"Asif, ana tidak setuju kalau enta buat keputusan untuk menggunakan
peraturan mengenakan denda kepada mereka yang tidak bertudung labuh." Iman
tegas bersuara dalam mesyuarat pimpinan dakwah. Keadaan kolej mereka yang
semakin lama semakin teruk permasalahan sosial disitu. Masalah ini meyebabkan
semua orang memandang kepada pimpinan dakwah untuk mencari punca penyelesaian.
"Kalo begitu apa yang jalan yang terbaik enti fikirkan?" soal
Mujahid kepada Iman setelah pandangannya ditolak mentah-mentah oleh Iman.
Siapa tidak kenal Mujahid di Kolej itu. Memegang taklifan sebagai presiden
dakwah dan seorang dalam ilmu agamanya. Kalo dalam mesyuarat, Iman dan Mujahid
sering sahaja berbeza pendapat. Apa tidaknya Mujahid sering menggunakan
kekerasan menyebabkan Iman kurang setuju dengan Mujahid.
"Ana cadangkan kita membuat liqo' kubro bersama semua nuqaba' sebab
bagi ana usrah itu memainkan peranan yang amat penting dalam masalah ini. cuba
enta lihat, usrah di sini semakin hambar. Ramai yang tidak melaksanakan usrah.
Jadi, ana nak kita perkasakan usrah semula. Tarbiyah perlu ditanam dalam diri
setiap nuqaba'." Iman memandang setiap pimpinan dengan harapan mereka
memahami.
Maisarah mengangkat tangan untuk memberi pendapat. Mujahid hanya mengangguk
untuk membenarkan Maisarah bersuara.
" Ana lihat sekarang kita hanya memikirkan dakwah umum sahaja. Banyak
program yang kita laksanakan sebelum ini, Nampak besar tapi tidak memberi
tarbiyah yang khusus pada nuqaba' sendiri. Lagipun kita hanya melaksanakan
program-program tradisi yang mana senior-senior kita lakukan. Apa kata sekarang
kita perkukuhkan tarbiyah pada nuqaba' sahaja. Maksud ana kita melaksanakan
program-program yang biasa sahaja tetapi berterusan dan istiqamah. "
"Betul tu, kita menjadikan program yang biasa itu luar biasa,"
Iman mencelah.
Hampir dua jam mereka bermesyuarat. Memikirkan masalah ummat memang
memerlukan yang lama untuk mencari jalan penyelesaiannya. Sebab itu Islam menganjurkan
syura. Syura itu sunnah dan banyak barakah yang terkandung di dalamnya tetapi
seadainya disalahgunakan ia boleh mengundang dosa.
"Kak Iman memang hebat memberi idea, kami pun nak jadi macam
akak," Anis bersuara sewaktu pulang bersama-sama.
"akak tak hebat, akak banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki.
Dalam perjuangan ini, kita harus kental dan kuat. Muslimah ada hak untuk
bersuara tetapi ada batas-batasnya. Akak nak jadi seperti Khaulah Al-Azwar yang
hebat pergi berperang bersama-sama sahabat Rasulullah." Iman menarik nafas
mengenangkan dosa-dosa yang menyelimuti dirinya.
Hati Iman berbicara, "wahai adik-adikku, akak pernah tewas.."
Masa terus berlalu. Iman semakin matang dalam hidupnya. Meniti hidup ini
perlu berhati-hati kerana kita tidak tahu apa rencana Allah kepada kita.
Rencana untuk menguji hambaNya.
Setelah selesai solat zohor di masjid, Iman mendengar ta'lim daripada
imam solat zohor tadi. Sejuk hati mendengar ta'lim
berkenaan kepentingan solat berjemaah di masjid. Banyak fadhilatnya bagi mereka
yang berjemaah. Sesuangguhnya semua ini adalah hidayah dari Allah. Iman
bersyukur dengan hidayah Allah kurniakan kepada dia selama hari ini.
Iman mengenali suara yang memberi ta'lim hari itu. Siapa lagi kalau bukan
Mujahid Al Firdaus. Di dalam kelas, mereka tidak pernah bersuara melainkan
dalam mesyuarat sahaja kerana masing-masing memegang taklifan. Itulah Mujahid,
berbeza di dalam kelas dan di dalam mesyuarat. Di dalam kelas Mujahid banyak
berdiam diri dan menghabiskan masanya dengan membaca buku dan melayari
internet.. Iman tidak nafikan kehebatan Mujahid...
Dia memang hebat..
"Kalo jodoh Iman dengan Mujahid macam mana?" soal Solehah ketika
kami selesai menunaikan solat Dhuha bersama.
"Ish, mana ada Solehah. Nie mesti tepengaruh dengan gossip liar kan.
Saya mana layak Solehah. Awak pun tahun saya ni bukan perempuan baik."
"Iman, jodoh itu ketentuan Allah. Mungkin Iman tidak dengan dia tapi
Allah menggantikan Mujahid untuk awak yang jauh lebih baik." Solehah
tersenyum melihat wajah lembut Iman. Muslimah ini terlalu istimewa di mata
Solehah. Kelembutan wajahnya memang menggambarkan kelembutan hatinya. Solehah
amat mengenali isi hati sahabatnya itu.
"Dah Solehah. Saya serahkan jodoh saya seratus peratus pada Ilahi.
Ikhlas saya cakap, hati saya dah tertutup untuk mana-mana lelaki." Iman menegaskan pendiriannya. Dia merasakan dirinya terlalu kotor
mengenangkan dosa-dosa yang lampau.
Iman berdoa agar Allah tidak menguji hatinya lagi. Dia mengakui kehebatan
mujahid tetapi mujahid belum dapat memenangi hati Iman. Iman bersyukur kerana
Allah memegang hatinya. Bagi Iman cinta Ilahi itu cinta adalah segala-galanya.
Hidup Iman di kampus banyak dihabiskan dengan belajar, usrah dan persatuan.
Di hujung minggu pula masa Iman terisi dengan daurah-daurah dan program
pengisian rohani. Rupanya selama ini hati yang kosong itu dahagakan ilmu dan
santapan rohani. Iman tidak pernah mengeluh hidupnya seperti tiada masa untuk
berehat. Ya, seorang mujahidah memang tiada masa untuk berpangku tangan. Iman
menggelarkan dirinya sebagai Mujahidah Amar Ma'ruf Nahi Munkar. Dia tekad..
Iman sangat takut pada kalam Allah yang menjanjikan kemurkaan yang amat
besar bagi mereka yang perkatakan apa yang mereka tidak lakukan. Sebab itu Iman
lebih berhati-hati dengan apa yang diperkatakan. Meraih syurga Allah itu
terlalu sukar, memerlukan pengorbanan yang lebih. Iman
mengimpikan syahidah di jalan Allah...
Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis
Tett..tett.tett... mesej handphone Iman berbunyi..
Salam, awak apa khabar? Saya rindukan awak. Saya tetap menanti awak.
Andainya awak mengerti isi hati saya... maafkan saya mengganggu awak..
~Haffiz ad Din~
Iman cepat-cepat memadamkan mesej itu dari Inbox mesejnya. Ya Allah, dugaan apa lagi yang engkau berikan kepada hambaMu ini. Maaf
Haffiz, Nurul Iman hari ini bukan seperti Nurul Iman yang awak kenal. Wahai
hati, janganlah engkau menyerah diri lagi.
Iman membuka laptopnya. Pada mulanya dia ingin meng 'update' blog
kesayangannya. Tapi tiba-tiba moodnya hilang. Dia membuka bacaan surah
Al-Imran. Mendengar alunan kalam Allah membuat hatinya tenang.
Malam itu Iman keseorangan, roommate Iman pulang ke kampung. Kadang-kadang
Iman cemburu dengan rakan biliknya setiap minggu pulang ke kampung. Apa
tidaknya, Negeri Sembilan dengan Selangor tidak ada jauhnya pun. Keluarga Iman
di Terengganu. Kalau cuti panjang baru lah Iman pulang ke kampong.
Siapa tidak rindu untuk balik ke kampung. Mengenangkan ayah bonda di
kampung membuatkan Iman besemangat nak belajar. Pengorbanan ibu ayahnya tiada
tandingnya. Iman bukanlah asal dari keluarga yang senang.Tetapi kesenangan itu
tidak menjamin kebahagiaan andai jauh dengan Allah.
"Maaf Iman, itu buku saya,"
"Oh ye ke, maafkan saya. Saya ingat buku untuk dipinjam. Bagus sangat
buku ni.terima kasih ea."
"xpe, maafkan saya. Sebenarnya semalam saya tertinggal buku ni di
sini." Boleh saya nak buku tu, sebenarnya senior yang punya."
"ok, maafkan saya." Iman menghulurkan buku itu kepada Ameer
Mukhlis.
Iman kenal dia disebabkan mereka satu batch. Ameer mukhlis hanya seorang
pelajar yang biasa saja. Dia bukan pelajar kos agama tetapi penampilan dia
seperti seorang ustaz. Mungkin itu keistimewaan ameer. Ameer pernah bersuara
mengatakan pelajar-pelajar kos agama tidak menunjukkan tingkah laku sebagai
budak agama. Ya, dia memang berani..
Iman sering mendengar kisah Ameer melalui sahabat-sahabatnya yang tidak
berpuas hati dengan dia. Iman memang tidak suka melayan perkara yang
remeh-temeh seperti ini. Bagi Iman mungkin benar apa yang diperkatakan oleh
Ameer. Iman akui zon selesa yang mereka berada sekarang.
Iman pun hairan melihat sahabat-sahabat kos agamanya yang perwatakan
seperti bukan budak-budak kos agama. Diorang sering menggunakan alasan, cara
mereka itu adalah untuk mendekati pelajar-pelajar yang bukan kos agama. Tapi
Iman hairan, kalau mahu berdakwah sekalipun kenapa perlu sampai hendak pergi
solat berjemaah di masjid pun susah.
Lebih mengaibkan budak-budak bukan kos agama yang mengajak mereka. Itu yang
Iman kesal dengan sesetengah dengan sahabat mereka.
"Kak Iman, tunggu kejap." Suara
Anis memanggil Iman dari belakang.
"Ye Anis, ada apa?" Iman tersenyum melihat Anis yang
tercungap-cungap seperti tergesa-gesa.
"Satu kolej anis cari akak, tak jumpa. Rupanya akak di perpustakaan.
Akak off handphone ea."
"Ya Allah, ye ke. Maafkan akak. Handphone akak tak de bateri. Kenapa
ni Anis?"
"Anis Cuma nak serahkan senarai nama naqib dan naqibah baru. Anis dah
taip semula nama, kos dan nombor telefon diorang. Muslimin dan muslimat ada
sekali. Jadi, Anis nak mintak akak tolong bagikan yang senarai muslimin kepada
akh Mujahid ea. Lagipun akak sekelas dengan dia." Anis tersenyum sinis
kepada Iman.
"tak pe, nanti akak bagi kat dia, lagipun lagi setengah jam akak ada
kelas.Terima kasih ea Anis." Iman membalas senyuman Anis walaupun dia tahu
isi tersirat disebalik senyuman Anis.
Iman meletakkan buku "Siapa Dia Dihatimu" oleh Ust Pahrol. Dia
memang penggemar buku Ustaz Pahrol. Bagi Iman, setiap bicara Ustaz Pahrol dalam
bukunya seperti berbicara dengan isi hatinya. Iman
memang begitu. Sering mengaitkan dengan sesuatu. Iman teringat sewaktu
mesyuarat pimpinan dakwah petang tadi. Dia tidak mengerti kenapa hatinya
tersentuh ketika nama itu disebut.
"Ana nak maklumkan dua orang bakal naqib terpaksa dibuang kerana
mereka tak bersedia untuk menerima amanah ini. Mereka itu ialah Muhammad Muaz
dan Ameer Mukhlis. Ana sudah bertemu dengan mereka dan mereka betul-betul tolak
sebab mereka rasa mereka belum layak lagi." Mujahid menerangkan kepada
pimpinan semua.
Iman hanya terdiam mendengar penerangan Mujahid. Iman hairan kenapa hatinya
berubah ketika nama Ameer Mukhlis disebut oleh Mujahid. Cepat-cepat Iman
memohon istighfar.
"Iman, jauh termenung.. dah pecah tembok cina tuh.."Farah cuba
mengejutkan Iman dari lamunan.
"Astaghfirullah.. lain kali bagilah salam dulu..nasib baik saya ni tak
de sakit jantung kronik." Iman menunjukkan muka geram kepada rakan
biliknya yang suka mengusik itu.
"Nurul Iman, saya ni roommate awak. Dari tadi saya duduk kat meja saya
tuh. Ni mesti tengah mengelamun pasal Mujahid kan..oppss.. terlepas
sudah..hahaha." Farah ketawa dan Iman terus mencubit manja pipi sahabatnya
itu.
" Yelah, yelah.. taknak buat dah. Bukan mujahid tapi Mak Jah jual kuih
kat café tu kan.." farah cuba berdalih walaupun memang dia suka sangat melihat
telatah Iman kalau nama Mujahid disebut.
"Ha'ah, rindu kat karipap Mak Jah.." Iman mencebik mulut kepada
Farah.
"Maaf wahai Puteri Nurul Iman. Ana
mahu pinjam mouse lah. Entah kenapa mouse tiba-tiba tak boleh guna."
"laa ye ke.. kenapa tak habaq dari tadi. Ambil
lah dalam beg laptop atas katil tue." Iman menunjukkan beg laptopnya itu.
"Ok, syukran Iman. Luv u bebeh." Farah memeluk Iman sekuat
hatinya.
"Yelah, yelah, saya pun sayangkan awak dunia akhirat. Awak roommate
yang terbaik!!" Iman membalas pelukan Farah dan mencubit pipi gebu Farah.
Apa kesudahan Iman
Sekarang Iman sudah berada di semester terakhir. Iman sudah bertambah
matang dengan usianya yang sudah menjangkau 23 tahun. Iman telah menolak
lamaran Mujahid setahun lepas. Bagi Iman jawapan istikharahnya bukan Mujahid
tetapi orang lain. Iman tidak pernah memberitahu sesiapa pun tentang isi
hatinya.
Hampir dua tahun lebih Iman memendam perasaannya itu. Baginya mencintai dalam diam itu lebih indah dan terjaga. Tetapi bisakah
dia mengetahui...
Keyakinan Iman kepada Allah terlalu tinggi kerana baginya Allah itu
sentiasa dihatinya dan hanya Allah sahaja yang layak menentukan siapa pemilik
cintanya. Setiap kali berdoa, dia sering berdoa, Ya Allah, seandainya Ameer
Mukhlis itu terbaik untuk dirinya dan memberi kebaikan di dunia dan di akhirat,
Engkau berilah aku petunjukMu.
Tetapi seandainya Ameer Mukhlis itu bukan yang terbaik, tidak memberi
sebarang kebaikan di dunia dan diakhirat, Engkau jauhilah hatinya dan hatiku.
Engkau jadilah aku redha menerima ketentuanMu..
Iman tahu di usia sebegini, dia perlu memikirkan soal jodoh.
Sahabat-sahabatnya juga ramai yang sudah mendirikan baitul muslim. Iman pernah
juga bertanyakan sahabat-sahabat tentang Ameer Mukhlis sudah berpunya atau
belum. Ramai yang berkata dia sudah berpunya. Iman tidak tahu kenapa perasaan
hatinya kepada Ameer Mukhlis begitu kuat sehinggakan langsung tidak pudar
perasaannnya walaupun ramai yang berkata sedemikian. Mungkinkah ini kesannya
jika mencintai dalam diam. Iman redha andai itu bukan untuk dirinya.
Setelah mengaminkan doa seusai solat dhuha, tiba-tiba handphone Iman
berbunyi..
"Assalamualaikum, Iman apa khabar?" Suara Kak Mariam menyapa
Iman dalam telefon.
"Waalaikumussalam, Alhamdulillah..baru je baik daripada demam. Akak
sihat? Sejak-sejak akak dah berumah tangga nie, jarang dah kita
berhubung.." Iman menunjukkan kesedihan pada Kak Mariam yang baru bergelar
zaujah kepada Muaz, rakan sekelas Iman.
Kak Mariam seorang muslimat yang berani. Iman yang menjadi orang tengah
untuk menyampaikan hasrat kak Mariam kepada Muaz. Walaupun Kak Mariam tua
setahun daripada Muaz, tetapi usia tidak menjadi penghalang seperti mana cinta
Rasulullah dan Siti Khadijah. Tidak sangka, Muaz juga menaruh harapan kepada
kak Mariam. Selama ini mereka hanya memendam rasa. Hikmah daripada Allah itu
terlalu indah.
"Alhamdulillah, akak sihat walafiat. Biasalah Iman, bila sudah
bergelar isteri. Tanggunggjawab itu besar sangat. Sebagai isteri dan sebagai
seorang da'ieah. Tapi Alhamdulillah, zaujun akak satu fikrah dengan akak.
Memudahkan misi dakwah kami. Hmm.. akak ada hajat besar untuk Iman ni.."
kak Mariam menyatakan hajatnya kepada Iman.
"Iman pun mengharapkan zaujun satu fikrah dengan Iman. Mungkin Allah
tahu Iman belum lagi bersedia menjadi zaujah solehah. Sebab tu, Iman belum lagi
menemui pemilik cinta untuk menemani sepanjang perjuangan nie. Akak nak
bagitahu hajat apa?" Iman meluahkan isi hatinya kepada Kak Mariam.
" Seorang ikhwah ingin khitbah Iman. Dia menyatakan hasratnya kepada
zaujun akak. Akak rasa Iman pun kenal dia."
Hati Iman kelu mendengar. Adakah doanya tadi telah terjawab..
"Siapa akak?" Iman ingin mengetahui siapa gerangannya itu.
"Maaf Iman, dia tidak benarkan akak memberitahu siapa dirinya. Tapi
dia nak maklumkan kepada Iman yang minggu depan dia akan pergi ke kampung Iman
untuk menghantar rombongan meminang." Kak Mariam menjelaskan kepada Iman
hasrat ikhwah tersebut.
"Baiklah, Iman terima dia pergi meminang Iman minggu depan." Iman
sendiri tidak tahu kenapa dia yakin dengan lamaran itu.
"Iman jangan risau, dia satu fikrah dengan kita. Insya Allah, akak
melihat dia sesuai dengan Iman."
"Insya Allah akak. Iman mengharapkan begitu juga." Hati Iman
masih lagi tertanya-tanya siapa dirinya. Mungkinkah.....