Monday 28 November 2011

Hampir..


kita buat macam ni yea kakak..lepastu kad dia macam ni..

door gift.. dah pilih belum.. adik rasa kita buat macam ni..

baju.. adik dah design.. macam ni lawa... 

pelamin.. kita buat simple sweet and unforgettable yea.. 

kasut kita beli yang simple lepastu kita DIY..

hampir terlupa.. eyh ini bukan wedding saya...pfffttt.. 


simple and sweet spilled with tears and joy.. via tumblr



p/s : semoga allah simpan rasa kasih ini..



Saturday 26 November 2011

Esok

Satu tahun lima bulan.. ini aku kira setiap masuknya dua puluh tujuh haribulan...masih ingat..masih dekat..walau jauh..walau patah..





p/s: salam maal hijrah. cuba senyum.

Sunday 20 November 2011

Kali ini..

Aku mohon pada Allah..

Untuk kali ini dan kali kali seterusnya..
tiupkan aku semangat kuat

biar aku terus kuat
setiap kali aku jatuh

tetapi jangan biarkan
kau rasa apa yang aku rasa

p/s: Untuk kali ini dan kali kali seterusnya..aku tetap di sini.

Saturday 12 November 2011

Teruja

Apa sahaja yang manis dan menggembirakan..pasti akan membuatkan kita teruja untuk tersenyum..
Apa sahaja yang pahit dan mengecewakan..pasti akan membuatkan kita teruja untuk menangis..

Friday 11 November 2011

Penting

Suatu ketika dahulu kau individu penting..
Sehingga hari ini insha'allah kau tetap individu penting..

Wednesday 9 November 2011

Autumn (fall)

Bismillah.. Assalamualaikum peeps..

It is suppose to be a fall season isn't it.. where all the leaves are scattered around by the wind.. but i find Mr. Bee in my bed. It made me think, musim bunga agaknya. Naihhhh.. so I let Mr. Bee to sleep on mine which made me to sleep on wani's. . She wasn't here last night. So I ask Mr.Shrek to move aside so that i could sleep tight. It was silent as ever. Bacaan yassin menemani aku sepanjang tidurku..

'Minta pada Dia setiapnya'<< this sentence keep highlight in my head. Selepas membaca di sini.. (BSA) <<kalian pergilah ke sana..pasti kalian terpanah juga.. :)

My final exam is just around the corner!!!!!!!!! a lot of reading, understanding, calculating and everything..need to be done. but i'm still here trying to find some time.. kannn..



p/s: Minta dan yakin pada Dia setiapnya... selamat berjuang semua.. :)

Saturday 5 November 2011

Bintang..



Bintang yang satu itu..bintang yang aku selalu tunggu untuk di lihat setiap hari..aku mahu ia jadi bintang yang sama yang kau tunggu dan lihat..bintang yang satu itu..

p/s : Selamat hari raya aidiladha.. :)

Wednesday 2 November 2011

Balang


aku nak gantung balang seperti ini..atau mungkin juga masukkan kertas ke dalam balang itu dan lontarkan ke tengah laut..

terus mimpi

makin ingin ku lupakan...makin terus ku bermimpi.. makin ingin ku lupakan.. makin terus ku bermimpi.. aku mamai ketika ini.. saat aku bangun dari mimpi ku.. terus telekat jariku di keyboard...

Drama

Terima kasih sebab bagi aku peluang ambil part dalam drama kau..

Tuesday 1 November 2011

Sang arjuna

Bismillah..

kau arjuna
maafkan aku mengundur diri..bukan aku tak sudi..
cuma kini aku cuba mempersiapkan diri..




p/s: When you stop searching for a prince..and make Allah the king of your heart.. he will help you complete your fairytale.. Insha-Allah..;) its november already..

Monday 31 October 2011

Sunday 30 October 2011

Aliff Lam Yaa

Bismillah....

aku doakan...

kau terus jadi priya yang baik.. 

dan semoga 

Dia kirimkan kau..

seorang suri yang jauh lebih baik 

dari orang yang menyakitkan hati kau itu..

Thursday 27 October 2011

Kehadapan kamu...

Sebelum tibanya untuk aku halal bersama kamu, 
ku tahan hati ini.. 
Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, 
ku coretkan segala isi tentang rindu dan cinta, 
tentang doa dan harapanku padamu dalam tulisan.
Dan ku simpan warkah tak beralamat ini sebaik mungkin.
Apabila tiba waktunya kita di satukan.
Akau ku serahkan segala isi hatiku ini padamu.
Kau pasti bahagia menerimanya, Insha'allah... 
Tetapi jika waktu itu belum tiba, 
biarkan ia menjadi kerahasiaan antara diriku dan Allah SWT. 
Kerana kelak jika kau bukan milikku..
ku bakar coretan ini bersama hilangnya wajahmu dari hatiku...



p/s : aku coretkan dlm skecthbook aku waktu aku baca haritu..warkah tak beralamat ini..aku tujukan untuk kau sayang... yea aku menangis..tapi aku tak harap kau menangis..

Tuesday 25 October 2011

Sabtu yang lalu..

taken when the cube was empty by muggles

I knew i should've not come.. but because of you called 'F' i could not say NO (saying no is not a reason for me not to be there). It's like trying to touch the stars in the sky..what a ridiculous angan-angan..  my knee shaken..my legs cramped..my lips sealed.. All of sudden, two strangers shared their dreams together...by becoming a prince charming rescued the princess and dance through the night with 'The Beatles' song as the music background...and the queen who can make nice desserts so that the king could smile sweet mweet..

p/s: Selamat berjaya dengan impian mu 'kawan'. Kau baik. Untung dia..bimbing dia kejalanNya..Itu Tanggungjawab kau. Nanti jangan lupa jemput aku. :) tentang aku..biarkan dulu..

Wednesday 19 October 2011

Kau tahu...

Kau tahu..dia tak punya apa cuma air mata tatkala hati tersentuh rasa jiwa cuma senyuman tawa tatkala hati menari suka

Kau tahu...apa yang ibunya pinta...pinta dia seorang peneman jiwa bagi puteri dewinya yang sangat dia cinta..seorang ustaz ada mungkin baiknya..

Kau tahu..apa dia kata..dia cuma angguk sambil mencium pipi ibunya... lalu berkata.. mana ku tahu hendak cari di mana..anak ibu juga tidak selayaknya..mungkin ibu saja yang cari seorang pria sekagum itu..dan tanya pada dia..'mahu tak di nikahkan dengan anakku?...jadi dia relakan pepatah perigi mencari timba..

Kau tahu...pesan ibunya lagi.. jaga sayang..jaga diri...biar tak cantik rupa..tapi baik lidah dari mencaci..tinggi mana kau berdiri jangan sombong diri..maniskan lidah dengan berzikir dan mengaji..bukan terus mengata dan mengkeji...jaga sayang..pakaian yang baik adalah akhlak yang baik..

Kau tahu...setiap orang punya cerita berbeza..iya..iya..kau sudah dengar tulisan ini..mungkin juga sudah basi..mungkin juga sudah lenyap dan di pandang sepi..

Thursday 13 October 2011

Tuesday 11 October 2011

Hilang

Sergahan tanpa sedetik bunyi buat semangat aku hilang entah ke mana.. kau bisu.. kemudian kau ketawa.. Aku tunduk malu.. kerana aku perempuan..terasa seperti bukan aku..

Hati . Jauh

hati pergilah kau jauh
biar jiwa yang merasa sendiri

Tuesday 4 October 2011

seni

kerana
seni itu halus.. 
sukar untuk kita tafsirkan 
dalam kata dan yang selayaknya...
orang seni kebiasaannya juga 
memiliki figura dan jiwa yang halus
seni itu paling aku suka
namun figuraku tidaklah halus
jiwa pula ku biarkan 
kamu saja yang tafsirkan

lain dari yang lain
bagi orang normal
orang seni itu berbeza
bezanya pada cara 
mereka zahirkan diri
mudah dilihat dan di hayati
secara 'naked eyes'
you can see the way 
they dressed themselves
dan juga cara mereka bergaul
sepertimana?
tanyalah mereka yang menganalisis..


hingga kini 
kelas seni aku paling suka
di sana aku zahirkan segala 
imaginasiku, rasaku di atas sehelai kertas putih
sekolah rendah hingga menengah
aku terasa ruang di beri
jari terus berdansa melalui hujung mata pena


kini aku dewasa
melangkah ke tempat 
tidak pernah ku sangka
tiada lagi kelas seni
namun ku selitkan juga
lukisan kecil di hujung nota
terkedang terlebih teruja
penuh satu buku nota
pensyarah di depan
aku leka memenuhkan muka
muka buku yang realitinya












Monday 3 October 2011

Sinking boat

pagi ku bangun..
ku sujudkan dahi
kerana cinta dan rasa hamba
resahnya terasa hiba
lalu ku himpunkan bersama air mata
entah kenapa terasa
seperti ada yang hilang
seperti langkah terhenti
ku hadapkan wajah ke cermin
terlihat segala perilaku
seperti wayang yang di tebarkan
ku tunduk malu dan pilu..
seperti kamu aku juga masih tercari-cari..


p/s: doakan aku sahabat..

Sunday 28 August 2011

Tutorial..

A friend request.. you can try this for raya..

and so here is the tutorial (click here)..



with much love








p/s: no matter which fashion/style you wanna try to wear as a hijab or clothe.. just make sure it covers what is 'wajib' to cover. Aurat before fashion.. a note for me and you.



Wednesday 24 August 2011

Kitab Cinta

cintaku buatmu bagaikan huruf-huruf yang terpatri disetiap helaian kitab;cintaku buatmu bagai air yang mengalir dilautan yang sepi;
cintaku buatmu seperti setianya sang awan kepada kekasihnya sang langit; 
~Kitab Cinta~







if i turn all my books into
kitab cinta.. oh dear... mungkinkah? errmm.. love will be in the air..setiap bait-bait kata yang terukir pasti akan terus menusuk ke sel-sel selebrum.. melekat dan terus berpaut..menanti di gugur pada musim luruh peperiksaan.. adrenalin terus terasa seperti wap panas yang menerpa ke kulit.. ok that is a lie.. 


farewell and be well..
meniti hari-hari terakhir ramadhan..
teman  sebilik suroh pejam mata..
hari esok masih ada untuk di kecapi..
namun tak siapa yang tahu tentang esok..

ke kiri dan ke kanan
jari masih terus ingin menari-nari..




p/s : ahhhhh..sudah.. selamat menjalani hari-hari terakhir ramadhan..semoga terus di beri hidayah.. ameeennn.. :))

Tuesday 23 August 2011

SuperMak !!!!

Dear mak..

I love you.. I love you..I love you..I love you... hikhik..

Selamat menyambut ulangtahun yang ke lima puluh empat..



SuperMak!!!..
She's a domestic engineer..
She does everything..
from big to small..
from a to z..
from alif to yaa..
from one till infinity..
I keep on thinking..
to write and tell everything 
it is hard
BUT
one thing for sure
Mak...
You are an AMAZING Mother.






p/s : I love you mak.. you are my SUPERMAK!!! you will never be replace.. :)) sayannnnngggg mak..







Monday 22 August 2011

Salam sayang semua

Pagi

pagi-pagi lagi mak kejut
'kak bangun, ayah dah balik dari surau dah tu
kenapa tak bangun mandi lagi ni..'
sambil membuka pintu depan untuk ayah

pagi pun tak pagi sangat..,
pukul 630 pagi,
(dalam hati kenapa takde orang kejut awal sikit..)
ishhhh..seriously I could not hear the alarm ringing.
tidur mati agaknya.
memang tidur itu mati sebentar..bukan?
terus terduduk tegak di tempat tidur

capai tuala


terus meluru ke bilik mandi
bilik mandi mak, ade orang
ishhh..ishhh..ishhh..
err terus ke bilik air dapur
nasib baik kosong
fuhhh...brrr.. sejuk..

owh..semua tak pack lagi
baju yang berlipat
mana bakul? mana bakul?
(getus aku saat itu)
oh dah jmpe..tepi toilet.
hmmm...
laptop kat depan
beg galas dalam bilik..
everything is everywhere

bila macam ni...
kemas before tidur malam tadi kan bagus.
tapi itu dah terlambat.

baju..baju..


ape mau pakai?
oh yea.. dah mintak izin kakak malam tadi
'iyah..adik pinjam baju kurung awak tau'
sambil buat muka sepuloh sen..

baju pun tak iron.
sarung terus..
tudung perlulah di iron
jika tidak..i will be grumpy the whole day.
mood swing sungguh.

dengan pantas 

everything is ready to go
masuk kereta ayah tanya
'kelas pukul berapa?
pukul lapan ayah..
lapan?? sambil memberi satu renungan..
tak sempat ni..pukul lapan nanti still di segambut lagi.
ouh takpelah..adik skip kelas pagi ni.
sambil senyum-senyum..
well it was already seven
before we really moved on

kami teruskan perjalanan

first stop,
Sek Men Agama Paya Jaras,
sekolah Ainul, the youngest
second stop,
Segambut sending my brothahhh,
abang..the only beatle in our family,
hahahhahaha..
and last stop,
UniKL BMI, gombak,
sending me..me.. and me..

dalam perjalanan...

mata ayah pejam pejam celik
how worried i was
ayah ngantuk sangat
the radio, lagu mendayu-dayu
lagu raya yang sangat sayu
seriously i was about to close my eyes
terus tukar channel
ayah cakap, 'kenapa tukar
ayah nak dengar lagu tu..'
aku jawab, 'ayah ngantuk..that is why..'

and screamed a long the way

'ayah...bangun...'
'ayah..jangan tidur..'
takut..takut..takut..
sambil picit kaki ayah
aku tahu ayah penat ayah letih..
tapi tak pernah usul
dari mulut ayah,
ayah cakap,
'picit kat bahu'
terus kedua-dua tangan aku
menerpa ke bahu ayah
terus memicit dan terus membebel-bebel
terkebil-kebil mata ayah tahan ngantuk.

kereta ayah pun tak laju mana
cuma terkadang ke kiri dan terkadang ke kanan
terkumat kamit mulut aku memekak
'you can count on me like 1 2 3,
I'll be there..., ayah cakap
ni bukan lagu raya...
I just smile...and laugh
supaya ayah tak tertidur

aku nampak petronas

'ayah..we don't have to rush
I'm not even going 8 am class...,
ayah boleh berhenti kat petronas tu..
'takpelah...nak sampai dah pun..
sighhhh.. susah hati tengok ayah..

oh well.. sedar..sedar
kereta dah lepas traffic light ke uia
syukur..dah nak sampai

sampai kat gate
kereta depan nampak macam kena soal siasat
and I play cool all the way
give 'pakgauard' a sweet and kind smile..

settle mengangkat semua ke bilik
cium tangan dan pipi ayah
like i always do
ayah pesan,
habiskan belajar bagi cepat
nanti kerja pun cepat
boleh bantu mak dan ayah

I could only smile
hati terseliuh sedikit
cepat betul perasaan rindu tu datang
baru lepas kena hantar
dah tersendu dek hati yang terusik rindu

Allah...
terima kasih ayah..

p/s: entry panjang..sebab perasaan yang bercampur baur..terima kasih kerana masih sudi menatap mata sambil akal ligat mengeja dan membaca.. ramadhan is leaving though..marilah terus mencari..

Thursday 18 August 2011

Ramadhan ke sembilan belas


19th of ramadhan
What a blessed i am still alive until today
and some how there is a lot of mean muggles with mean words.
Which just get into my nerves.. 
Sabar syida..sabar syida..sabar syida..
it's ramadhan. 
you should practise sabar and good deeds 
I mean a lot of good deeds 
while you still have chance to do so
Oh dear.. 



p/s : I don't say much these days. I pray that Allah's love is always with us.. insha'allah.. and i am so sorry for all the harsh words i said.






Monday 8 August 2011

Ramadhan kelapan

May peace be upon you..

Hello blogland.. It has been for a while isn't it... Hari ini ramadhan kelapan and I am emotionally touched. Deeply in emotion.. tiba-tiba sahaja..out of no way.. (~_~)

Do you guys believe in karma? I do.. I do..I do.. Kerana setiap perkara itu akan ada balasan nya. Jika bukan hari ini mungkin hari keesokannya, jika tidak di sini mungkin jua di sana.

Because of this holy month, I have been very excited towards every weekend. Berbuka dengan bonda dan ayahanda serta adinda dan kekanda sekalian. Tidak lupa my dearest sweetheart. Selalui merinduinya. aisehhhh... aishiteruuuuuu... auwww...








Introducing my dearest sweetheart (NUR WARDAH SAFEENA) she talks like OPET in upin & ipin. seriously.. (O_0) 



Yet still I am EMOtionally touched by muggle.. whatever or however it is. Selamat berpuasa.. May this holy month gave us a lot of barakah and awesomeness. 

Tazkirah hari ini

1) Sentiasa menjaga lidah, berusaha untuk bercakap perkara yang baik
2) Beradap sopan, apa sahaja yang anda lakukan jangan ajak kawan anda buat jahat.
3) Jangan sesekali berputus asa. Insha'allah...


p/s: bought a new sketch book, to sketch things i could not tell. well others have diaries but I have sketch book. 


Wednesday 3 August 2011

Ramadhan ketiga

May peace be upon you dear readers..

Alhamdulillah.. sampai juga ke bulan Ramadhan.. So how's your Ramadhan so far? doing awesome, thumbs up.. Alhamdulillah..'The Holy Month'..'thirty days without syaitan'.



Oh dear, so where those bad deeds came from? If you had one, you know where it came. (Usah purak2 tak tahu). and well that includes me.. tidak sama sekali terkecuali. Second week of study, seems very calm. Had homework done with one. (^^) coming soon I'll be out of hand to work.

Everything in between just get the nerves on me. Allahuakbar..janji Allah itu pasti..


Today Tazkirah,

You must never forget
1) Jangan kata tidak ada masa untuk Allah, bimbang Dia tiada masa untuk kita.
2) Ikhlaskan diri dalam melakukan segalanya.
3)  Istiqamah, do little things but frequently. Insha'allah

farewell blogland, salam ramadhan keempat.

Thursday 14 July 2011

D'masiv - Jangan Menyerah (with Lyric)

Keeping up the spirit..

May peace be upon you..

hello blogland.. naihhhh.. setelah berperang dengan emosi dan nafsu yang tak tentu hala..I'm standing here.. errr.. feeling like givin a speech.. enough lah.. perasan atau tidak setiap ayat yang di tulis will end with two dots.. ahahhahahhahahhahaha.. 

why laa???

 I don't know just noticed it, as i type my word into sentences.. yaikksss.. 

setelah bercuti now i am going back to my college. Yupp..tidaklah jauh, it is almost six years now, belajar di tempat yang sama, perjalanan juga hampir satu jam lebih kurang.. 

tak bosan ke? tak bosan ke? tak bosan ke? 

setakat ini tidak.. sebab lokasi yang berhampiran dengan kemudahan dan setiap hujung minggu boleh balik rumah. That is the most important part of all. which is AWESOME. hikhik. I guess one day I'll be going far. 

Bila nak habis study dengan berjaya?? 

two years lagi.. ending my bachelor in 2013. Insha'allah.. Awak-awak semua doakan saya yea.. hikhik..



selamat tinggal blogland..for now..  :)


p/s : wan(nenek saya) doa awak dapat cikgu!! dan syida hanya mampu tersenyum lah.. belajar engineering untuk hampir 6 tahun.. at the end.. who knows rite? 

Tuesday 12 July 2011

Lupa

lupa
tua benar agaknya
sehingga seringkali lalai dan lupa
atau umurnya terlalu muda
jadi barangkali suka lupa-lupa
atau sengaja berpura-pura

lupa
tidak cukup jari hendak kira
tidak cukup 24jam masa
tidak cukup tanah untuk berjasa
atau kau tidak lagi punya siapa-siapa

lupa
apa yang sudah berada ditangan
semua yang kau lihat kau inginkan
kau terlalu mahukan
kau sudah lupa semuanya bukan

Ingat..

kau ingat kau siapa
kau dan aku makhluk Dia juga
tapi kau macam tak reti bahasa
depan aku kau bercerita
depan dia kau putar cerita
aku bukan dia tak tahu apa
bukan macam mereka
yang boleh kau persenda
dengan Dia lagi kau tak boleh berpura
aku harap kau ingat kau siapa
aku teringat kata bapa
sebuah hadis yang dia baca
orang yang meninggalkan pertelingkahan dan dusta
di janjikan syurga
bukan mengkeji atau mengata
maaf dari hati yang kau luka
aku harap kau terus belajar menghargai apa yang ada

Saturday 9 July 2011

Dhuha

“Ya Allah 
sesungguhnyanya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu.” 



Ya Allah 
jika rezekiku ada di langit, turunkanlahdan jika ada di bumi, keluarkanlah,jika sukar mudahkanlah,jika haram sucikanlah,Jika masih jauh dekatkanlah.Berkat waktu dhuha, keagungan,keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu,limpahkanlah kepada kamisegala yang telah engkau limpahkankepada hamba-hambamu yang soleh”


p/s : i find this doa' very beautiful


Tuesday 5 July 2011

What would you do...

Dear lovely readers..and friends.. may peace be upon you.. Alhamdulillah ayah is getting better.

Alhamdulillah, for this and that.

ok try me... saya jarang nak bercerita atau bertanya unless there's a connection to my cases.. hehe.. yang rapat dengan saya mesti tahu. kalau tiba-tiba tertanya tu. Mesti there is something, at the end who cares. Saya simpan selagi mampu, andai terlalu berat untuk di simpan menangis adalah pilihan.. it is normal to cry. 

But when you in doubt, what would you do? well the decisions is yours and need to be done...

Saturday 2 July 2011

Gadis biasa

gadis biasa itu
pertuturannya biasa
keluarganya sederhana
tiadalah sangat harta benda

gadis biasa
pemakaiannya biasa
tingkah lakunya juga biasa
namun sukar mendekatinya

gadis biasa
mengharap pemuda yang biasa
yang sekufu katanya
dari segala serbi bahasa

suatu hari
didatangi dia seorang pemuda
datang membawa cinta
cinta yang sangat luar biasa
buat si gadis biasa

gadis biasa
terasa waktu membeku seketika
si pemuda bukan membawa cinta biasa
akan tetapi cinta yang luar biasa
di mana jika di dalami cinta itu
akan melahirkan semua rasa cinta
cinta yang mengajak mengenal Dia
pemilik segala cinta

gadis biasa
terus membutirkan mutiara air mata
telah terbuka hatinya
menerima cinta luar biasa
dari seorang pemuda

pemuda biasa
tampan kerana kejernihan wajahnya
hebat kerana sikap pemimpinnya
manis kerana sifat malunya


p/s: mencari cinta yang halal

Dancing daisy in July..

heart for daisies.. hikhik.. <3<3

Friday 1 July 2011

Dear Nurliyana Ezrin Bt. Immerus

May peace be upon you... ekhem.. I mean.. assalamualaikum.. kalau tak jawab dosa.. klau jawab saaaaaaayyyyyyyyyyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang.. hikhik..

 I do not have much to give.. only this new post for you sweetheart.. Awak sudah dua puluh dua tahun, saya juga begitu. Terasa tua apabila mengira umur yang semakin bertambah. Semoga semakin meninggi ooppsss... hihi sorry.. maksud syida terus sihat dan terus berbakti kepada semua.

 I am no good at saying. I just do not know how we've become friends, for almost... wait let me count oh yes. two to three years i guess. well.. orang kata tak boleh juga mengharap kepada berapa lama kita berkawan dengan orang tu tapi sebanyak mana yang telah kita sumbangkan nyanyian yang sumbang kepada dia.. ahahhaha.. joking okeyh.. 

To end my post which i've dedicated specially for you.. i love you and sorry for the things i forget to say thank you..te amo.. auww.. hihi..

the first time we hangout together.. :)









Thursday 30 June 2011

What if..

What if..
your enemy is actually the one you can count on later

What if
your friends are not really so called friends

What if
the second you were saying goodbye is actually the last second that you have

What if
the things that you do not want are the things you need

p/s: hmm.. don't let yourself surrounded by those what if questionmark.. setiap persoalan pasti ada jawapan..
dan semoga Dia sentiasa membantu kita.. insha'allah..

Tuesday 28 June 2011

Bayu

Bayu sampaikan pesan pada dia yang kurindu
lihatlah bulan purnama yang merindu
walau berjauhan dan fikiran tak tentu
ku masih di sini terus menunggu

Sunday 26 June 2011

Senyumanmu...

Tertundukku malu
setiap kali saat itu bertamu
maaf, kini terpalit rasa rindu
melihat senyumanmu itu
terasa hebat di duga
walaupun sekadar seketika
tapi aku punya rasa
rasa yang dahulu kala
rasa yang aku tak pernah suka
rasa yang aku tak pernah rindu
ya rabb sungguh aku malu

Saturday 25 June 2011

Dear you..

everyone's talking
and some are whispering
i may not know what
but i can surely guessing
through day and night
we are loosing
the greatest thing ever
by leaving small things

Thursday 23 June 2011

let the tears fall...

May peace be upon you..

Today is my birthday yet, I let my tears fall.. To someone that I love so much..Semoga cepat sembuh. Adik ada satu ayah sahaja. Bukan dua atau tiga, cuma satu.Oh dear Allah, semoga segalanya di permudahkan. Thank you mak and ayah for raising me up until today.. you guys never let me down even in the hardest time.

Sunday 19 June 2011

perokok tegar

hai perokok tegar
tegarnya kau menyedut dan menghembus
sedangkan orang disekeliling
tidak kau ambil endah
hai perokok tegar
aku cadangkan kau merokok
di sebuah tempat di mana
kau seorang sahaja
yang boleh menghidu asap rokok itu
bukan di kedai makan
bukan di dalam bas
bukan di kawasan awam
bukan dengan keluarga yang kau sayangi
atau kau membenci mereka
membiarkan mereka
menghidu asap yang kau ketagih itu
dalam diam kau membunuh
tidak kah kau tahu
kandungan tar di dalamnya
mampu mencacatkan gene
lalu melahirkan generasi
yang kau katakan ingin
dia berjuang suatu hari nanti
kandungan karbon monoksida
merosakkan dinding arteri
lalu membunuh diri kau sendiri
dengan menghentikan jantung segala nadi

Wednesday 15 June 2011

Homesick..

May peace be upon you..

oh my.. hello peeps.. saying hello to no one i guess.. haha.. ok.. this last few days, i've been burning my skin under the hot sun, get stress and worse get sick. I realized that i miss mak and ayah, and all.. huwaaaaaa...
there's only few days left before the game starts. and every time i get to play (friendly-match) , sel darah merah saya bertukar warna jadi putih, automatically my face went white and pale. why laaaaaaa... why????? seriously sehinggakan i had to call out and get sitted on the bench hate the bench.

oh my!!! too cute la..

this one is quite near.. (~~) errr..

It must end. It must end. It must END.. starting with me!!!!

p/s: nervous somehow..semoga segalanya di permudahkan...and sangatlah homesick


Friday 10 June 2011

from head to toe

from head to toe 
i miss you so
will there ever be tomorrow
for us to share some love and sorrow
from the bottom of my heart and below
i just miss you so
it is hard when you miss the wrong person though
and the love which i really don't eagerly show
well you are just like a rainbow
hard to find but easy to go

pic powered  by  mr.google

Thursday 9 June 2011

Cinta Agung

Cinta Agung
Tidak akan pernah berganjak
tatkala musim berubah,
Atau kau isytiharkan
'berikan aku sedikit ruang untuk aku fikirkan yang terbaik untuk kita'
atau
'cukup setakat ini hubungan kita'

Tidak
ia tetap kekal di situ
sekalipun kau menjauhi
ia tetap memberikan kau yang terbaik
Ia terus mendengar rintihan-rintihan mu
ketika kau di landa derita
ketika kau di tinggalkan kekasih atau cinta yang kau agung-agungkan
malah Dia berikan kebahagian yang lebih baik dari itu

penat bukan
menanggung segala perit dan sakit
menanggung segala rindu dan pilu
meraih cinta yang kau agung-agungkan
sekali kau di tinggalkan
sekali kau di sia-siakan

barulah kau sedar
seperti di koyak-koyak hati kau
seperti di carik-carik sayang kau
seperti di pijak-pijak rindu kau

Tatkala kau mendambakan cinta Agung
Dia datangkan bersama cinta yang kau dambakan
cinta yang tidak pernah menjadi milik mutlak
hatta cuma di pinjamkan sekali angin lalu
untuk dunia yang sementara
seperti pelangi selepas hujan

malu bukan kepalang
bukan main dulu cinta yang kau puja
kini biarkan kau sendiri sepi
ia tetap pergi

tapi jangan kau lupa
kau masih punyai cinta Agung
yang masih kekal di sini
menunggu masa untuk di cari
cinta yang tidak perlukan bayaran untuk itu dan ini
untuk setiap udara yang kau hirup
atau setiap saat kau menikmati nikmat tubuh yang sihat



p/s : selesai sudah misteri private number....

Wednesday 8 June 2011

It is not the end...

when you got bad results
when you were leaved
when you lost your money 
when you fall down to your knees
when you were laughed
when no one seems to care

it is not the end..

p/s : wake up dreamy head..pull those dreamy thoughts of yours..insha'allah.. :)

Saturday 4 June 2011

I win some, I lose some

May peace be upon you..

Today is saturday.. I know, semua orang masih di katil. Sepatutnya sudah pulang ke desa, tapi I just don't wanna go home. Mak dan ayah is not at home. Berbelah bahagi mahu pulang atau tidak. Semalam friendly with banknegara. oouhhh how sad, we should have won the match but we did not. And did i tell you, I am playing slapball volleyball. The sport carnival is on 20-26 June if I am not mistaken. Two weeks away, and there is so much to learn.

Oh yes, my last sem result is already out. FRUSTRATING sangat betul dah lepas tak boleh nak ubah. Untuk sem depan insha'allah, that is a promise to myself. Ada tiga sem lagi plus one sem for practical, and that is just it. Enough a three years of degree.





I win some and I lose some
 It is you who make you happy 
It is you who make you sad 
It is you who make you a winner
 It is you who make you a loser 






And to all my friends who are dean's listed and had improved your results, especially echa,wanie,yana, masha and jannah. Congratulation!!!!!!!! My result is not as good as yours, but I am surely proud and happy for you guys.




Apabila suatu hari aku berjalan tanpa henti, 
walaupun di tepi jalan telah menunjukkan signboard ke mana dan di mana destinasi, 
aku terus berjalan tanpa arah..



p/s: mohon Allah tetapkan hati.

Thursday 2 June 2011

Here comes the sun..

May peace be upon you..

"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. "( surah an-nisa ayat 148)






here comes the sun
hope it shines from the morning until the evening
but if the rain starts to fall and hide away the sun 
wish it falls with lot of bless from The Creator...



p/s : refresh iman sebelum training.. XD

Tuesday 31 May 2011

Rindu...terhenti disini

Terhenti disini..
bila kita memikirkan sesuatu
lalu melupakan segala yang lain..
Aku rindu..
tetapi ia terhenti..





                                                           

The engagement

May peace be upon you..

After weeks of hardwork.. Alhamdulillah praise to Allah..everything went very well.. :)

the theme is pink..and she wanted it to be English style with big and small roses and the hantaran  is  made  by Angah@mamawardah..




A touch of classic  Traditional..


What she wore :
Baju kurong moden : songket
Scarf /Selendang : masjid jamek
Make up : Along 









Losing another best friend is a part that I wish it would never happened. Tetapi mereka semua telah membuat pilihan. And life must go on. I love you kakyah.. (me third sis) The Creator knows dan Tuhan sahaja yang tahu bagaimana  perasaan seorang emak ingin melepaskan anaknya.. yes i never know how it's like..but mak tells me with the tears at the corner of her eyes.. she's smiling all the way through and ayah prepared and do the best as he can for his children.. Oh why can't I..















pssttt.. i tell her all my secrets..









































 p/s: It is more than words..                                                                                                              


                                                                                                                              be well, love adik



Tuesday 24 May 2011

Hectic yasterday....

May peace be upon you..

It was eventually the day before yasterday we (me, abang and kakyah) went to masjid jamek mencari dan tercari..looking for a hijab + lace shawl for my sis e-day.. and found this.. cheap. so we grab it... it is made of cotton with a very nice handmade embroidery....











and yes.. happy birthday dear Nur Wardah Safeena.. tante loves you so much..

p/s: people who in loved..spread their loves to others..  i love you..

Sunday 22 May 2011

Second after first...

May peace be upon you...

The second after the first.. :)

I'm suppose to be at home..lending my hand..aaaaaaaaa... but em very sorry..em here somewhere in sg. pusu getting ready for training and all.. but i'll be back early to help.. Insha'allah...

.

during angah's engagement and not a single picture of me with her taken.. even on her wed.. :(



P/s : when you have 3 sisters above you and  1 below (thought i was the last one).. One down.. one coming up.. and  the other is in the waiting list.. I'll do my best.. not much..but less is more...insha'allah...

seven days to go...                                                                                                                

                                                                                                                                          
                                                                                                                                         with love adik :)

Saturday 21 May 2011

Finally...

Finally..had myself a blog.. puas bertanya sana sini. Yes trying hard to learn..something that is so last last last year.. serious it's like programming.. naihhhh.. but heyy.. terima kasih kepada yang berkenaan.. I did it.. congratulation!! and there is a lot more for me to explore and learn..

sebelum mataku tutup rapat
sebelum tidurku di titip mimpi
ku biarkan jariku menari-nari
agar tertulis segala isi dalam dan luar
kanan dan kiri, depan dan belakang
atas dan bawah...

:)