Monday 31 October 2011

Sunday 30 October 2011

Aliff Lam Yaa

Bismillah....

aku doakan...

kau terus jadi priya yang baik.. 

dan semoga 

Dia kirimkan kau..

seorang suri yang jauh lebih baik 

dari orang yang menyakitkan hati kau itu..

Thursday 27 October 2011

Kehadapan kamu...

Sebelum tibanya untuk aku halal bersama kamu, 
ku tahan hati ini.. 
Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, 
ku coretkan segala isi tentang rindu dan cinta, 
tentang doa dan harapanku padamu dalam tulisan.
Dan ku simpan warkah tak beralamat ini sebaik mungkin.
Apabila tiba waktunya kita di satukan.
Akau ku serahkan segala isi hatiku ini padamu.
Kau pasti bahagia menerimanya, Insha'allah... 
Tetapi jika waktu itu belum tiba, 
biarkan ia menjadi kerahasiaan antara diriku dan Allah SWT. 
Kerana kelak jika kau bukan milikku..
ku bakar coretan ini bersama hilangnya wajahmu dari hatiku...



p/s : aku coretkan dlm skecthbook aku waktu aku baca haritu..warkah tak beralamat ini..aku tujukan untuk kau sayang... yea aku menangis..tapi aku tak harap kau menangis..

Tuesday 25 October 2011

Sabtu yang lalu..

taken when the cube was empty by muggles

I knew i should've not come.. but because of you called 'F' i could not say NO (saying no is not a reason for me not to be there). It's like trying to touch the stars in the sky..what a ridiculous angan-angan..  my knee shaken..my legs cramped..my lips sealed.. All of sudden, two strangers shared their dreams together...by becoming a prince charming rescued the princess and dance through the night with 'The Beatles' song as the music background...and the queen who can make nice desserts so that the king could smile sweet mweet..

p/s: Selamat berjaya dengan impian mu 'kawan'. Kau baik. Untung dia..bimbing dia kejalanNya..Itu Tanggungjawab kau. Nanti jangan lupa jemput aku. :) tentang aku..biarkan dulu..

Wednesday 19 October 2011

Kau tahu...

Kau tahu..dia tak punya apa cuma air mata tatkala hati tersentuh rasa jiwa cuma senyuman tawa tatkala hati menari suka

Kau tahu...apa yang ibunya pinta...pinta dia seorang peneman jiwa bagi puteri dewinya yang sangat dia cinta..seorang ustaz ada mungkin baiknya..

Kau tahu..apa dia kata..dia cuma angguk sambil mencium pipi ibunya... lalu berkata.. mana ku tahu hendak cari di mana..anak ibu juga tidak selayaknya..mungkin ibu saja yang cari seorang pria sekagum itu..dan tanya pada dia..'mahu tak di nikahkan dengan anakku?...jadi dia relakan pepatah perigi mencari timba..

Kau tahu...pesan ibunya lagi.. jaga sayang..jaga diri...biar tak cantik rupa..tapi baik lidah dari mencaci..tinggi mana kau berdiri jangan sombong diri..maniskan lidah dengan berzikir dan mengaji..bukan terus mengata dan mengkeji...jaga sayang..pakaian yang baik adalah akhlak yang baik..

Kau tahu...setiap orang punya cerita berbeza..iya..iya..kau sudah dengar tulisan ini..mungkin juga sudah basi..mungkin juga sudah lenyap dan di pandang sepi..

Thursday 13 October 2011

Tuesday 11 October 2011

Hilang

Sergahan tanpa sedetik bunyi buat semangat aku hilang entah ke mana.. kau bisu.. kemudian kau ketawa.. Aku tunduk malu.. kerana aku perempuan..terasa seperti bukan aku..

Hati . Jauh

hati pergilah kau jauh
biar jiwa yang merasa sendiri

Tuesday 4 October 2011

seni

kerana
seni itu halus.. 
sukar untuk kita tafsirkan 
dalam kata dan yang selayaknya...
orang seni kebiasaannya juga 
memiliki figura dan jiwa yang halus
seni itu paling aku suka
namun figuraku tidaklah halus
jiwa pula ku biarkan 
kamu saja yang tafsirkan

lain dari yang lain
bagi orang normal
orang seni itu berbeza
bezanya pada cara 
mereka zahirkan diri
mudah dilihat dan di hayati
secara 'naked eyes'
you can see the way 
they dressed themselves
dan juga cara mereka bergaul
sepertimana?
tanyalah mereka yang menganalisis..


hingga kini 
kelas seni aku paling suka
di sana aku zahirkan segala 
imaginasiku, rasaku di atas sehelai kertas putih
sekolah rendah hingga menengah
aku terasa ruang di beri
jari terus berdansa melalui hujung mata pena


kini aku dewasa
melangkah ke tempat 
tidak pernah ku sangka
tiada lagi kelas seni
namun ku selitkan juga
lukisan kecil di hujung nota
terkedang terlebih teruja
penuh satu buku nota
pensyarah di depan
aku leka memenuhkan muka
muka buku yang realitinya












Monday 3 October 2011

Sinking boat

pagi ku bangun..
ku sujudkan dahi
kerana cinta dan rasa hamba
resahnya terasa hiba
lalu ku himpunkan bersama air mata
entah kenapa terasa
seperti ada yang hilang
seperti langkah terhenti
ku hadapkan wajah ke cermin
terlihat segala perilaku
seperti wayang yang di tebarkan
ku tunduk malu dan pilu..
seperti kamu aku juga masih tercari-cari..


p/s: doakan aku sahabat..