Tuesday 21 February 2012

Alhamdulillah

say it loud and proud
you are where Allah wanted you to be
so Alhamdulillah!!!
biar lelah sedikit kerana itu lumrah
jika mudah terus
bosan pula jalan ceritanya
jadi Alhamdulillah
untuk itu dan ini.. :)

Manusia sampingan

Di ciptakan Dia..
Manusia..sebaik-baik makhluk di muka bumi
Tiada yang lebih berkuasa melainkan Dia
Segala puji-pujian hanya untuk Dia

Di aturkan Dia
menemukan dan memisahkan kita
saat jatuh, patah, bangun dan bangkit kembali
supaya kita tak lupa
tak lupa siapa kita
hamba yang lemah
namun tetap tidak putus asa
untuk mengubah yang telah tertulis
dalam hari-hari kita
Kerana Dia tidak akan mengubah nasib kita
melainkan diri kita sendiri

Manusia sampingan
di hidupkan watak sampingan itu
agar kita menemukan dan menghargai
apa yang ada dalam tangan kita
agar kita mengerti tiada yang selamanya
dan yang tidak pernah menjadi milik kita

Cuba keluar
keluar dari ruang lingkup
ruang yang melingkupkan
dan tidak memberi sebarang manfaat
mungkin ada manis sekali dua
namun yang pahit dan kelat
itulah ruang lingkup
yang patut kita renungkan
dan ambil sebanyaknya pengajaran


p/s : sayang kalian.. :) terima kasih.

Thursday 16 February 2012

Bisik

aku bisik di telinga sendiri
aku perlu kuat
untuk diri aku sendiri
Allah ada..
Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui..

Melihat

Melihat

melihat orang lalu lalang
sambil mulut terkumat kamit
jangan dilihat lagi
buat apa melihat?
sambil mulut mencerca maki

melihat dari atas ke bawah
lalu dia menghasilkan ideologi sendiri
'ermm, badan macam ni..mesti makan tidur je kejenya..'
lalu di lemparkan sebuah senyuman sinis
seakan mual untuk menatap lagi

suungguh

kagum aku sendiri
melihat kau gigih berusaha
melihat dan mencari
apa yang di lihat?
apa yang di cari?
kesalahan? kau tuding jari..
seolah kau terlalu suci dan baik hati

Allah jangan biar hambaMu terus begini
jangan biar kami takbur atas nikmat yang Kau beri

p/s : hembusan hujan yang di bawa bersama angin..Malam yang sangat dingin..

Siti Aishah Md Aini

Bismillah

kenalkan.. her name is Siti Aishah.


Insha'allah..turning twenty three this 16th Feb :) 

she'll be there..if you need her. she comforts you when you need someone to lean on.. she is very motivated and motivates the people around her too.. and i love her very much.. Moga ukhuwah ini sentiasa di redhai Allah... Allahumma Ameen..

on your 23rd birthday..there's no prezzie that i could give you.. but only this..

Terima kasih kanan dan kiri 
Terima kasih itu dan ini
semua ketawa dan tangis 
yang selama ini kita kongsi
detik dan waktu
yang selama ini kita lalui
sayang untuk kamu hai aishah
masih hangat hingga kini
moga hati hati kita terus dijaga
di lindungi sehingga waktu itu tiba
insha'allah..moga persahabatan ini
seiring menuju kejalan yang di redhai Nya..
Selamat menyambut ulangtahun yang ke Dua puluh tiga
Moga di tiup semangat kuat untuk terus bangun dan mendaki
Moga tercapai segala cita-cita dan 
angan-angan yang menggila :)



p/s : sayang sha..ngat..ngat.. (^_____________^)

Friday 3 February 2012

langit biru dan awan kapas

langit biru dan awan kapas..
itu semua kuasa Dia..

langkah kanan..langkah kanan..langkah kanan
maksud aku..mulakan hari dengan sesuatu yang baik
bismillah..

sebaik sahaja kau mengeluh 
di saat kau sepatutnya panjatkan kesyukuran

kau sudah kehilangan sesuatu yang baik
kau perlu yakin dengan Dia

sesungguhnya Dia Maha Mengetahui
atas tiap tiap sesuatu..

aku sayang kalian..jadi jangan putus asa.. 
takpe..kalau kau mahu menangis sekalipun..
biar aku tiada.. iNgat Allah tetap ada..

Thursday 2 February 2012

Februari dan bintang

selamat berfebruari..
oh yea..

hai bintang..
aku nanti kamu setiap malam tahu..
tapi malam ni..kau ke mana.
yang ku lihat cuma bulan..
Kau ke mana bintang..
puas aku mendongak ke langit
mencari kau bintang

Kau ke mana
mungkin sengaja di biar
aku mencari-cari
seronok agaknya begitu
aku tidur dulu
malam ni serba tak kena.
aku menyanyi
lalu mereka bilang
'kau ok?
aku geleng kepala
sambil menuding jari ke langit
'aku cari bintang, ada kau nampak?'


p/s : sudah hari kedua di bulan Februari