Saturday 2 July 2011

Gadis biasa

gadis biasa itu
pertuturannya biasa
keluarganya sederhana
tiadalah sangat harta benda

gadis biasa
pemakaiannya biasa
tingkah lakunya juga biasa
namun sukar mendekatinya

gadis biasa
mengharap pemuda yang biasa
yang sekufu katanya
dari segala serbi bahasa

suatu hari
didatangi dia seorang pemuda
datang membawa cinta
cinta yang sangat luar biasa
buat si gadis biasa

gadis biasa
terasa waktu membeku seketika
si pemuda bukan membawa cinta biasa
akan tetapi cinta yang luar biasa
di mana jika di dalami cinta itu
akan melahirkan semua rasa cinta
cinta yang mengajak mengenal Dia
pemilik segala cinta

gadis biasa
terus membutirkan mutiara air mata
telah terbuka hatinya
menerima cinta luar biasa
dari seorang pemuda

pemuda biasa
tampan kerana kejernihan wajahnya
hebat kerana sikap pemimpinnya
manis kerana sifat malunya


p/s: mencari cinta yang halal

No comments:

Post a Comment