Tuesday, 21 February 2012

Manusia sampingan

Di ciptakan Dia..
Manusia..sebaik-baik makhluk di muka bumi
Tiada yang lebih berkuasa melainkan Dia
Segala puji-pujian hanya untuk Dia

Di aturkan Dia
menemukan dan memisahkan kita
saat jatuh, patah, bangun dan bangkit kembali
supaya kita tak lupa
tak lupa siapa kita
hamba yang lemah
namun tetap tidak putus asa
untuk mengubah yang telah tertulis
dalam hari-hari kita
Kerana Dia tidak akan mengubah nasib kita
melainkan diri kita sendiri

Manusia sampingan
di hidupkan watak sampingan itu
agar kita menemukan dan menghargai
apa yang ada dalam tangan kita
agar kita mengerti tiada yang selamanya
dan yang tidak pernah menjadi milik kita

Cuba keluar
keluar dari ruang lingkup
ruang yang melingkupkan
dan tidak memberi sebarang manfaat
mungkin ada manis sekali dua
namun yang pahit dan kelat
itulah ruang lingkup
yang patut kita renungkan
dan ambil sebanyaknya pengajaran


p/s : sayang kalian.. :) terima kasih.

2 comments:

  1. sayang awak juga..:)

    "Sedetik waktu berlalu..Sehembus nafas bersatu..
    Segunung nikmat dariNya..Sehabis dienteng imannya..Adakah segaris syukur padaNya?”

    manusia sampingan..datang tak diundang, pergi tak dpinta..hadir mereka walau tiada apa2, tapi tetap bawa senyuman walau hanya sekilas..

    kau 1 dalam 1000.. ;)

    terima kasih yg tidak terhingga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. masih ada yang menyayangi.. :) yes dear kakna.. tetap menghargai manusia sampingan kerana dia juga makhluk Dia.. kerana watak itu pernah wujud dan pernah membibitkan senyuman. sayang kakna more. hikhik..

      Delete