Sunday, 19 June 2011

perokok tegar

hai perokok tegar
tegarnya kau menyedut dan menghembus
sedangkan orang disekeliling
tidak kau ambil endah
hai perokok tegar
aku cadangkan kau merokok
di sebuah tempat di mana
kau seorang sahaja
yang boleh menghidu asap rokok itu
bukan di kedai makan
bukan di dalam bas
bukan di kawasan awam
bukan dengan keluarga yang kau sayangi
atau kau membenci mereka
membiarkan mereka
menghidu asap yang kau ketagih itu
dalam diam kau membunuh
tidak kah kau tahu
kandungan tar di dalamnya
mampu mencacatkan gene
lalu melahirkan generasi
yang kau katakan ingin
dia berjuang suatu hari nanti
kandungan karbon monoksida
merosakkan dinding arteri
lalu membunuh diri kau sendiri
dengan menghentikan jantung segala nadi

1 comment:

  1. harus bagaimane bile jariku menari-nari utk memberhentikan si perokok ini....
    bila jariku menari- nari ade caranye?
    ungkap kan dgn puisi pun ok....=)

    ReplyDelete