Thursday 9 June 2011

Cinta Agung

Cinta Agung
Tidak akan pernah berganjak
tatkala musim berubah,
Atau kau isytiharkan
'berikan aku sedikit ruang untuk aku fikirkan yang terbaik untuk kita'
atau
'cukup setakat ini hubungan kita'

Tidak
ia tetap kekal di situ
sekalipun kau menjauhi
ia tetap memberikan kau yang terbaik
Ia terus mendengar rintihan-rintihan mu
ketika kau di landa derita
ketika kau di tinggalkan kekasih atau cinta yang kau agung-agungkan
malah Dia berikan kebahagian yang lebih baik dari itu

penat bukan
menanggung segala perit dan sakit
menanggung segala rindu dan pilu
meraih cinta yang kau agung-agungkan
sekali kau di tinggalkan
sekali kau di sia-siakan

barulah kau sedar
seperti di koyak-koyak hati kau
seperti di carik-carik sayang kau
seperti di pijak-pijak rindu kau

Tatkala kau mendambakan cinta Agung
Dia datangkan bersama cinta yang kau dambakan
cinta yang tidak pernah menjadi milik mutlak
hatta cuma di pinjamkan sekali angin lalu
untuk dunia yang sementara
seperti pelangi selepas hujan

malu bukan kepalang
bukan main dulu cinta yang kau puja
kini biarkan kau sendiri sepi
ia tetap pergi

tapi jangan kau lupa
kau masih punyai cinta Agung
yang masih kekal di sini
menunggu masa untuk di cari
cinta yang tidak perlukan bayaran untuk itu dan ini
untuk setiap udara yang kau hirup
atau setiap saat kau menikmati nikmat tubuh yang sihat



p/s : selesai sudah misteri private number....

6 comments:

  1. bgs lh ayt cik bila jariku menari-nari....
    dpt ilham mase traning ye...=)

    ReplyDelete
  2. auww.. thank you.. mr?? err.. i think i know but trying to ignore..

    ReplyDelete
  3. u almost welcome miss when mytoe dance and dance....

    ReplyDelete
  4. ahahhaahhaa.. sengal punye nas..

    ReplyDelete
  5. eyh you memang pandai.. tidak dapat di nafikan.. but saya bukan cikgu.. :)

    ReplyDelete