Tuesday 4 October 2011

seni

kerana
seni itu halus.. 
sukar untuk kita tafsirkan 
dalam kata dan yang selayaknya...
orang seni kebiasaannya juga 
memiliki figura dan jiwa yang halus
seni itu paling aku suka
namun figuraku tidaklah halus
jiwa pula ku biarkan 
kamu saja yang tafsirkan

lain dari yang lain
bagi orang normal
orang seni itu berbeza
bezanya pada cara 
mereka zahirkan diri
mudah dilihat dan di hayati
secara 'naked eyes'
you can see the way 
they dressed themselves
dan juga cara mereka bergaul
sepertimana?
tanyalah mereka yang menganalisis..


hingga kini 
kelas seni aku paling suka
di sana aku zahirkan segala 
imaginasiku, rasaku di atas sehelai kertas putih
sekolah rendah hingga menengah
aku terasa ruang di beri
jari terus berdansa melalui hujung mata pena


kini aku dewasa
melangkah ke tempat 
tidak pernah ku sangka
tiada lagi kelas seni
namun ku selitkan juga
lukisan kecil di hujung nota
terkedang terlebih teruja
penuh satu buku nota
pensyarah di depan
aku leka memenuhkan muka
muka buku yang realitinya












3 comments: